Doa Untuk Ibu~

Ibu..
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku..
Memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku..
Kau labuhkan hatimu untukku dengan tulus tak berpamrih..
Ibu..
Terimakasih atas segala pengorbananmu..

Ibu..
jasamu tiada terbalas..
jasamu tiada terbeli..
jasamu tiada akhir..
tiada tara..
jasamu terlukis indah di dalam syurga..
Ibu..
hanya do'a yang dapat ku persembahkan untukmu kerana jasamu tiada terbalas..